Rabu, 3 November 2010

4 November 2010 kejap je dah nak habis tahun.. dan dah lima hari aku di bebaskan dari penjara..lima hari aku di penjarakan akibat dari sebab yang memang tak munasabah dan tak masuk dek akal,rasa macam nk gila je dok dalam tu..dengan layanan yang aku dapat dari warden2 dan kakitangan penjara seolah-olah aku ni seorang penjenayah..sedangkan aku bukan penjenayah..aku di penjarakan bukan sebab jenayah..dan ikut dari keterangan peguam aku,aku tak sepatutnya di penjarakan..kerana semasa perbicaraan hakim telah menjatuhkan hukuman denda tanpa penjara ("Muhammad Ruwaidi B Ahmad,kamu didapati bersalah kerana gagal menjelaskan baki pinjaman seperti yang telah terkandung di dalam perjanjian di antara kamu dengan pihak bank oleh yang demikian mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM *** tanpa penjara"),oleh kerana dua org aku dan ayah aku yang kena denda..tetapi duit denda yang ada cuma cukup untuk seorang pada hari tu so aku biarkan ayah aku dulu yang kluar hari tu biar aku yg dok semalam dalam lokap tahanan mahkamah sementara nk bayar denda tu besoknya..tetapi alih2 tiba2 ja polis datang kepada aku dan gari tangan aku lalu membaca kesalahan yang telah di jatuhkan keatas aku...antara yang aku ingat pertuduhan yg polis tu bacakan keatas aku ("Muhammad Ruwaidi B Ahmad,kamu didapati bersalah kerana gagal menjelaskan baki pinjaman seperti yang telah terkandung di dalam perjanjian di antara kamu dengan pihak bank oleh yang demikian mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 2 bulan")..bukankah apa yang di katakan oleh hakim dengan apa yang terkandung dalam kertas kesalah yang di keluarkan oleh mahkamah bercanggah?semasa aku dengar aku membantah tetapi polis tu cakap kami xtahu,kami bacakan apa yang telah di keluarkan oleh pihak mahkamah..aku akur dan terima je la...kemudian semasa sampai je di penjara aku diherdik dan di maki serta di layan macam penjenayah berbahaya..muka aku di tampar tangan aku di rotan kaki aku di sepak kepala aku di pijak..rambut aku di pendekkan,misai dan janggut dicukur..di beri pakai baju banduan dengan sluar yg ketat..terpaksa berkaki ayam tanpa kasut mahu pun selipar..makanan yang diberikan pula cukup teruk dan meloyakan..nasik bersemut..ikan goreng yang xdi buang isi perut..kuah sup yang masam..sayur yang busuk dan buruk..air minum pula hanya air paip..aku pula di tempatkan di dalam sel kecil dan sempit yang mempuyai enam banduan sedia ada yang kesemua mereka penjenayah berbahaya yang di penjakan akibat jenayah yang dasyat seperti bunuh,rompak bersenjata,rogol,dan dadah..di antara 6 banduan tu tiga dari mereka akan dihukum gantung sampai mati..beberapa hari aku didalam tu rasa macam nak gila...dalam hati cuma tuhan saja yang tahu,tapi aku besyukur kerana aku yang masuk penjara..kalau ayah aku yang di penjarakan xtahu la macam na dia nak tangung semua ni..aku berterima kasih kepada ayah aku,setiausaha aku dan peguam aku yang bertukus lumus dam berusaha untuk keluarkan aku dari seksaan dunia tu..aku bersumpah xakan biar diri aku kembali ke penjara..

Sabtu, 16 Oktober 2010

Hari ni 17 Oktober 2010,hari ni hari ulang tahun kelahiran bekas kekasih aku,ikutnya aku sendiri dh terlupa hari lahir dia,yg buat aku teringat ni sbb tipon aku la ni..aku penah setkan tatikh lahir dia dlm calender tipon aku,so semalam tu jam dlm 11.55pm tipon aku bunyi remainder so aku tngok la apa rupa2nya berday bekas awek aku so abaikan je la,kemudian 5 minit selepas tu aku dapat report masej aku lihat di bahagian sender tu:

To:+6012-544****

Name:unknow

Subject:HAPPY BIRTHDAY.

so aku lihat balik kt send box untuk tahu aku send kt sapa sbb setahu aku,aku xde pn send masej birthday kt sapa2,bila lihat xde pn.so aku lihat plak kt history bahagian sender,aku lihat ada send dari calender remainder,so aku tngok rupanya masej tu kepada bekas awek aku..bila aku lihat balik no phone baru aku ingat tu no phone ex aku yg aku dh padam dulu ptt la xde nama..aku apa lg jd seram sejuk 1 macam la sbb tipon aku ni tetiba g antaq msj tu..aku trus padam remaindr dlm calender..takut jgk aku..tkut luka lama berdarah balik..adoi kadang2 tipon yg terlalu canggih pn bagi masalah kt kita..aku harap2 dia xdpt msj tu..

Rabu, 6 Oktober 2010

Lama gile aku xngadap blog nih..entah camne hari nih blh tetiba mimpi nk update..hari ni 7 oktober..hari kedua selepas kuar hospital..aku masih lagi blur n bingung..cadangnye nk balik kampung tp xjadi le plak..so balik je la ke rumah..esok nk ke melaka tp entah jadi entah tidak..aku masih xdapat buat apa2 kptusan..ape yg aku cari sebenarnya.ape yg aku nak,ape yg aku perlu..?hazrina binti rashid?atau halimatun nafishah binti aziz?adakah aku perlu salah seorang dari mereka?atau aku perlu sesuatu yg lain..tp apa?kereta?rumah?harta?..but its still no answer..aku cuba ungkap kembali kenangan silam..tetapi untuk apa?adakah sebab aku sakit dan kemungkinan akan mati?adakah baik aku mati dari terus tersepit di dalam dunia yg aku sndiri xpasti ape yg aku nak..atau aku perlu terus hidup..aku cuba mencari ketenangan..tetapi beban yang datang..aku mencari kepercayaan tetapi pengkhianatan yang aku dapat..aku mencari cinta..luka yang aku dapat..aku mendapat cinta baru..tetapi luka lama masih berdarah..kenapa dengan aku..

Ahad, 8 Ogos 2010

8 Ogos 2010


Tarikh : 8 Ogos 2010
masa : lebih kurang jam 3 petang
tempat : sekitar pc fair klcc

aku ke klcc sbb nk shoping beberapa barang komputer yg mmng dh lama aku idamkan..so petang tu aku pegi la sorang diri dh mmber2 cibuk dating..awek?aku single mmng xkan ada awek la yg nk temankan..tumpuan aku cuma di hall tingkat bawah..hampir 3 jam aku dalam tu dengan panas dengan seribu satu macam bau smbil aku pusing dn mencari barang2 yg aku nak akhirnya d cc aku satu epson all in one printer,hp lazer colour,canon MP258,32" samsung LCD,

XFX ATI Radeon 4870 HD 750Mhz 1GB PCI-Express DVI Lite x 3 SLi,avira premium security

...yeah!!

Jumaat, 30 Julai 2010

30 Julai 2010

Hmm..jam sekarang hampir 6.30,aku masih sorang diri termenung dan tenangkan fikiran selepas kepala beserabut penuh dengan maslah kerja yang entah bila akan selesai...adoi..tambahan pula lagi beberapi hari akan masuk bulan Ramadhan...lepas tu Syawal..maknanya dah nk abih tahun dah..tp aku masih macam ni tiada perubahan..masih terawang dan masih dibebani dengan masalah...

Sabtu, 19 Jun 2010

Hai Blog..

Hai blog lama da aku x update blog aku ni..malas sbnarnya sbb tiada cita menarik dalam hidup yg nak ditulis biasa la single..tp itu dulu..sekarang dah berubah..sejak kekasih aku tinngalkn aku terpinga2 dan terhuyung hayang tmpa bantuan..sehingga aku benci wanita..tiba2 Tuhan tunjukan aku bahawa jodoh pertumuan di tangan Nya..Tuhan hadiahkan aku dengan seorang anak gadis yang comel jugak,cenge(garang) pun ada jugak kadang2,peramah,dan yang paling menyenangkan hati sebab dia seorang periang..xkira bagaimana murung dan muramnya aku telatahnya mmpu buat aku tersenyum dan ketawa malah dia dapat membawa aku keluar dari waktu duka..hadirnya bagaikan satu anugerah kepada aku dari Tuhan Yang Esa..semoga jodoh dan hubungan aku dengan gadis ini berkekalan sehingga ke akhir hayat..Kepada gadis yang aku sayang ni..terima kasih aku ucapkan dengan kehadiran mu di dalam hidup ku..dirimu sekarang bertahta penuh di segenap ruang hatiku..terima kasih kerana memberiku sinar harapan yang baru..

Isnin, 15 Februari 2010

Keheningan malam menggamit
mimpi indah bersamamu.
Alunan sang unggas bagai
mendendangkan melodi khas
mengiringi imbasan kisah-kisah kita.
Namun,ketidakpastian hubungan kita
menghantui jiwaku kerana dirimu masih membisu.
Ketahuilah,hanya dirimu di hati walaupun
jutaan wanita masih wujud dan bertambah di muka bumi ini.
Sayangku,demimu aku sanggup menanti
sehingga ke saat akhir aku menghembuskan nafas.