Ahad, 13 Disember 2009

catatan 13-12-2009

Hari ni 13/12/2009 bersamaan 26 Zulhijah 1430..tinggal 4 hari saja lagi akan masuk tahun baru 1 Muharam 1431 dan 18 hari saja lagi untuk masuk 1 Januari 2010...bemakna umurku semakin meningkat dewasa (makin tua hehehe)...sudah hampir dua bulan aku di tinggalkan kekasih hati yang aku cintai...ramai kawan2 minta aku lupakan dan buang dia dari hidup aku..tetapi kawan2,saudara mara,dan kakak bekas kekasihku menasihati agar jangan buang atau lupakn dia..kerana biar pun pahit kami tetap pernah ada kenangan manis bersama..hidup aku sekarang sudah banyak berubah sejak aku di tinggalkan berbanding dulu (kawan2 la yg cakap tp aku tak rasa apa2 pn)katanya aku sekarang lebih banyak termenung dan jarang bercakap,muram dan kadang2 menangis,aku dah kurang bergaul dengan saudara-mara dan rakan2...banyak kawan dan saudara mara gembira dengan perubahan aku..aku dh tak berbohong..tak cakap besar..cuma apa yang mereka tak suka sebab aku dah kurang bercakap dan bergaul..aku lebih banyak termenung dan muram serta murung..berbuih di tanya sepatah aje yang aku jawab...kenapa aku jadi begini??entah la...hari ni pun aku macam biasa aje pagi pegi keja petang balik kemudian jogging dah tak banyak perkara yang aku buat dalam hidup aku sekarang...sebenarnya aku takut hidup seorang diri walaupun aku ada kawan2,keluarga..tapi aku tiada cinta...aku juga manusia biasa juga ingin bercinta,mencintai dan di cintai..

0 ulasan:

Catat Ulasan