Jumaat, 25 Disember 2009

entah ape2

aiyak! hari ni 25 Disember 2009 ho ho ho krismes dh mari..cuti lagi huaaaa lagi bertambah tambah bosan aku!!!hari ni member2 suma kuar date ngan awek masing tapi aku sorang2 kt rumah,nak kuar aku takde pasangan huhuhu..malang betul..

Isnin, 21 Disember 2009

22-Dec-2009

22 Disember 2009..jam 4.20 pagi..sudah hampir timbul fajar hari selasa tetapi aku masih belum melelapkan mata..belum mengantuk rupanya mata aku ni..kemarin isnin 21 disember 2009 aku telah melalui hidup macam biasa selepas putus cinta..pagi2 pegi keja tengah hari rehat so aku ambik peluang balik rumah untuk selesaikan beberapa hal kecil di rumah..2.30 masuk keja balik,buat keja,temenung,buat keja,temenung tu je la rutin aku,sms atau paggilan dari kekasih dah tidak aku dengar huhuhu boring dan sunyi betul hidup ni tanpa dia...4.30 aku berambus balik dari keja..sampa umah jam kt dinding dh jam 5.00 so ada 1 jam lg sebelum aku ambik member aku balik dari keja dia...so aku telelap sedar2 ja dah jam 6.20 alamak mampus aku,mesti kawan tengah bengang dengan aku...fuh nasib baik dia faham setel 1 masalah..malam tidoo..tp sebelum tido kena ceramah pilak dengan mak aku..panas telinga beb!...

Ahad, 13 Disember 2009

catatan 13-12-2009

Hari ni 13/12/2009 bersamaan 26 Zulhijah 1430..tinggal 4 hari saja lagi akan masuk tahun baru 1 Muharam 1431 dan 18 hari saja lagi untuk masuk 1 Januari 2010...bemakna umurku semakin meningkat dewasa (makin tua hehehe)...sudah hampir dua bulan aku di tinggalkan kekasih hati yang aku cintai...ramai kawan2 minta aku lupakan dan buang dia dari hidup aku..tetapi kawan2,saudara mara,dan kakak bekas kekasihku menasihati agar jangan buang atau lupakn dia..kerana biar pun pahit kami tetap pernah ada kenangan manis bersama..hidup aku sekarang sudah banyak berubah sejak aku di tinggalkan berbanding dulu (kawan2 la yg cakap tp aku tak rasa apa2 pn)katanya aku sekarang lebih banyak termenung dan jarang bercakap,muram dan kadang2 menangis,aku dah kurang bergaul dengan saudara-mara dan rakan2...banyak kawan dan saudara mara gembira dengan perubahan aku..aku dh tak berbohong..tak cakap besar..cuma apa yang mereka tak suka sebab aku dah kurang bercakap dan bergaul..aku lebih banyak termenung dan muram serta murung..berbuih di tanya sepatah aje yang aku jawab...kenapa aku jadi begini??entah la...hari ni pun aku macam biasa aje pagi pegi keja petang balik kemudian jogging dah tak banyak perkara yang aku buat dalam hidup aku sekarang...sebenarnya aku takut hidup seorang diri walaupun aku ada kawan2,keluarga..tapi aku tiada cinta...aku juga manusia biasa juga ingin bercinta,mencintai dan di cintai..

Ahad, 5 Julai 2009

Kau pengubat luka

Sayang....suratan takdir menemukan cinta kita.
Di saat kau dan aku sedang terluka....
Tuhan menghadirkan diriku untuk membalut lukamu.
Dan kehadiranmu untuk membalut lukaku.
Dengan ikhlas dan jujur ku belaikan cinta yang murni di kelopak hatimu.
Kau menyatakan kehadiranku memberi harapan baru dalam hidupmu.
Sejak kehadiranmu dalam hidupku.
Aku merasakan bagai turunnya hujan cinta pertama di padang cinta yang kontang sekian lama tanpa sentuhan cinta.
Moga Allah merahmati percintaan kita dan bahagia berpanjangan hingga ke akhir hayat kita.
Sayangku I LOVE U....

Selasa, 23 Jun 2009

Mengenali seseorang sangat mudah...
Bermulanya sapaan manis...

Tercetuslah kerinduan yang bisa membuatkan diri sentiasa dalam buaian mimpi...

Dan...

Sebuah pertemuan yang singkat bisa titipkan detik-detik indah dengan mudah...

Tetapi...
Mengindahkannya sangat susah...


Isnin, 9 Mac 2009

Sungguh Aku Mencintaimu

Sayangku,
Kupantulkan gelombang rindu
ke hatimu
agar kau mengerti perasaanku

kupintal benang kasihmu
agar terjalin satu ikatan mesra
antara kita

kutanam putik cintamu
dalam diri
agar terus mekar
dan bersemi selamanya

kuzahirkan pancaran mentari
agar hangat asmara
melingkari kehidupan bersamamu

kuhiasi hati dengan renda sayangmu
agar memori cinta tersemat indah berseri

kucoretkan puisi cinta
menyatakan ketulusan
yakinlah kerana
sesungguhnya,aku ikhlas mencintaimu..

Khamis, 5 Mac 2009

PADA SYURGA DI WAJAHMU
Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia
Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara
Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa
Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia
Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya
Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar
Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa
Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda
Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar
Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama
Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...